Saturday, 21 December 2013

Punca Rasuah Pasukan Bola Sepak di Malaysia

Dunia sukan bola sepak Malaysia baru-baru ni gempar dengan menularnya kembali budaya rasuah dan menjual permainan yang pernah berlaku lebih kurang 15 tahun yang lepas. Bukan calang-calang pasukan yang terlibat kali ni. Pasukan yang banyak kali kalahkan pasukan kegemaran aku, Selangor. Tergamak depa ni menghampakan peminat-peminat pasukan bola sepak mereka tu. Aku pun malas la nak komen lebih-lebih. Dikatakan semuanya berpunca dari gaji bulanan yang sangat rendah. RM1000 je sebulan. Bagi aku, memang rendah sangat gaji tu memandangkan depa ni memang bermain untuk pasukan bola sepak profesional. Kasihan juga. Tapi kalau masih ada iman di dada, insyaAllah takkan jadi jenayah rasuah macam ni. Ternyata berita ini telah menconteng arang di muka maruah bola sepak di Malaysia. Baca berita perincian tentang sebab pasukan bola sepak di Malaysia boleh merasuah.

KUALA LUMPUR 7 Jun – Gaji bulanan yang rendah tanpa sebarang imbuhan tambahan dipercayai menjadi punca utama pemain-pemain skuad bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan dan T-Team menerima suapan untuk menampung kos sara hidup mereka.

Setiap pemain skuad itu dikatakan hanya memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM1,000, dan dengan jadual latihan yang padat, mereka tidak berpeluang melakukan kerja sampingan. Menurut sumber, tidak hairanlah, nilai suapan yang ditawarkan sekitar RM200 hingga RM300 bagi setiap perlawanan dianggap cukup lumayan untuk menampung kos sara hidup pemain-pemain skuad itu.

“Pemain-pemain tersebut rata-ratanya masih muda iaitu berusia lingkungan awal 20-an. Jadi, mereka mudah terpengaruh dengan gaya hidup zaman sekarang.

“Mereka dikatakan terpaksa menerima imbuhan itu kerana perlu menjaga penampilan mereka selain untuk menampung kos sara hidup yang semakin tinggi,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Semalam, bekas ketua jurulatih skuad Piala Presiden Negeri Sembilan didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban atas 21 tuduhan memberi rasuah sebanyak RM24,900 kepada pemain skuad berkenaan bertujuan mengatur keputusan satu perlawanan merebut piala tersebut pada April lalu.

Ini merupakan kes pertama jurulatih bola sepak di negara ini didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah. Selain skuad Piala Presiden Negeri Sembilan, turut disiasat ketika ini adalah skuad Piala Presiden dari Terengganu, T-Team.

Pemberian imbuhan atau elaun kebiasaannya disumbangkan oleh kerajaan negeri dalam bentuk rumah, tanah atau wang tunai untuk skuad bola sepak Liga Super. Bagaimanapun, ia tidak melibatkan skuad bola sepak Piala Presiden.

Sumber itu berkata, kelemahan-kelemahan itu pula telah dijadikan satu peluang bagi pihak yang tidak bertanggungjawab untuk ‘membeli’ perlawanan mereka.

Sehubungan itu, pihak terbabit dicadangkan untuk mengkaji semula dasar pemberian gaji yang diperuntukkan bagi setiap pemain termasuk skuad pelapis dalam Piala Presiden mereka bagi mengelak kejadian serupa berlaku pada masa akan datang.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad ketika dihubungi hari ini berkata, jumlah gaji dan sebarang pemberian elaun atau imbuhan ditetapkan oleh persatuan bola sepak negeri masing-masing.

“FAM tidak campur tangan, keputusan jumlah gaji, elaun atau imbuhan ditetapkan sendiri persatuan masing-masing.

“Tiada sebarang garis panduan ditetapkan untuk persatuan negeri masing-masing bagi menentukan jumlah gaji yang diberi kepada pemain mereka,” katanya.

Sumber : Utusan Online 

Isu-isu Terkini Dalam Sukan




SENARAI PEMAIN KUALA LUMPUR YANG DIGANTUNG SEUMUR HIDUP

- Jeremy Danker|29 tahun|DF (Jersi nombor 11)
- Hafizi Roslee|28 tahun|RB (Jersi nombor 24)
- Fadhulah Yunsiar|26 tahun|CB (Tidak Pasti)
- Khairul Anuar|31 tahun|CM (Tidak Pasti)
- Phoo Kai Lun|22 tahun|GK (Jersi nombor 1)

Juga 3 lagi yang dituduh bersalah adalah

- Jurulatih Kuala Lumpur, Stanislav Lieskovsky
- Penolong pengurus Rosli Omar
- Pegawai pasukan Saari Jani

Masing-masing digantung daripada sebarang aktiviti bola sepak seumur hidup dan didenda RM20,000 setiap seorang kerana kesalahan menerima rasuah dan mengatur perlawanan..

7 pemain lagi dipanggil untuk beri keterangan, Jumaat ini serta beberapa pemain dari pasukan lain juga akan mula dipantau persembahan mereka, menggunakan pakar luar negara.

Wednesday, 11 December 2013

Kesan Rasuah Dalam Sukan

Siapakah yang menanggung bahana daripada aktiviti keji ini? Minat terhadap sesuatu sukan datangnya daripada naluri setiap insan tanpa dipaksa oleh sesiapa. Lantas, setiap peminat adalah teruja untuk menyaksikan kehebatan pasukan yang diminati bertanding.

Sudah pasti tindakan mengatur perlawanan akan mengundang kemarahan mereka yang jujur dan prihatin dalam sukan bola sepak. Kesan daripada rasa tidak puas hati sekiranya keprihatinan mereka tidak diambil tindakan sewajarnya, industri bola sepak akan dipinggirkan sehingga ia menjadi mundur seperti mana yang terjadi pada 1990-an. Penganjur akan kehilangan peluang menjual tiket, penaja mula menjauhkan diri dan stadium menjadi lengan seolah0olah tiada sebarang perlawanan dianjurkan pada hari pertandingan.

Islam memandang setiap insan harus menunaikan hak orang lain ke atas diri mereka. Juga, penaja yang memberikan wang ringgit mereka dengan hasrat mendapat publisiti meluas mempunyai hak sedemikian ketika dan selepas berlangsungnya pertandingan bola sepak.

Sekiranya berlaku rasuah bola sepak, hak penonton, penaja dan kerajaan telah dirampas oleh pemberi dan penerima rasuah. Ini satu jenayah di sisi Islam dan mereka harus bertanggungjawab bagi perlakuan keji yang telah dilakukan.

Kesan Rasuah dan Perjudian
  • Mencemarkan imej sukan negara
  • Mutu sukan merosot
  • Kepercayaan peminat sukan terjejas
  • Menjejaskan hubungan dalam pasukan
Rasuah juga bukan sahaja memberikan kesan yang negatif kepada individu, malah juga kepada masyarakat dan negara.Kesan kepada individu ialah seperti berikut:

1-     Hilang kerjaya
2-     Jatuh moral dan maruah
3-     Terima hukuman di dunia dan di akhirat
4-     Hancur keharmonian rumah tangga
5-     Keluarga terabai

Kesan kepada masyarakat pula:

1-     Ketidakadilan disebabkan mengenepikan hak-hak orang   tertentu
2-     Menggalakkan malah melindungi penjenayah
3-     Memburukkan lagi taraf kemiskinan

Kesan kepada negara:
1-     Menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran
2-     Menjejaskan sosial serta kestabilan politik serta keselamatan
3-     Tumpuan pembangunan tidak seimbang
4-     Kenaikan kos barang dan perkhidmatan
5-     Mengurangkan pendapatan negara
6-     Menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan


Langkah-langkah Pencegahan Rasuah Dalam Sukan

Dalam dunia moden ini kita sering merngejar masa dan bersikap materialistik. Kita tidak lagi memikirkan akan punca kewangan kita dari mana, samada ianya halal atau haram asalkan ianya dapat memberikan kita kepuasan dari segi materialistik. Kebanyakan atlet sekarang ini memandang ringan akan penerimaan rasuah dan telah menjadi lumrah, mereka terus lakukan tanpa mengira halal atau haram asalkan kehidupan mereka terjamin.

1.    Kerajaan
Di negara seperti United Kingdom dan Singapura telah timbul cadangan untuk membenarkan pertaruhan mengikut undang-undang untuk mengelakkan berlakunya rasuah dalam sukan bolasepak mereka. Kerajaan Malaysia sebagai negara Islam sepatutnya mengambil tindakan dan berwaspada supaya situasi menghalalkan pertaruhan itu tidak menular ke negara ini yang boleh menjejaskan imej negara kita.

2.  FAM & Kementeria Belia dan Sukan
Semua pihak harus memainkan peranan dalam membasmi wabak rasuah ini. FAM perlu meneliti semua yang disusun agar menepati keperluan sebenar. Kementerian Belia dan Sukan harus memandang serius gejala rasuah dalam sukan bolasepak dan mengambil langkah proaktif memantau gejala tidak bermoral ini dengan telus dan adil mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997 ( Akta 576 ). Semua pihak perlu berganding bahu bagi membanteras jenayah rasuah di negara ini sekali gus meningkatkan integriti sebagai budaya dan nilai murni dalam kehidupan kita.

3.  Pendidik atau guru-guru
Pendidik atau guru-guru harus memainkan peranan untuk membasmi gejala rasuah ini. Sesuatu harus dimulakan di peringkat sekolah untuk memberi kesedaran pada anak-anak bahayanya gejala rasuah ini jika dibiarkan ia menular. Di peringkat Kementerian Pelajaran harus wujud kumpulan “think-tank” yang perlu berbuat sesuatu khasnya dari segi sukatan pelajaran atau mungkin satu matapelajaran khas mengenai rasuah harus digubal supaya anak-anak dapat dididik di peringkat awal akan buruknya tabiat rasuah di mana bila mereka dewasa nanti mereka tidak akan terlibat dengan gejala ini.


Semua pihak harus memainkan peranan dalam usaha untuk menjadikan masyarakat Malaysia berintegriti dan punyai nilai budaya yang tinggi. Pembasmian gejala rasuah dalam sukan juga sekaligus dapat melahirkan atlet yang bermutu dan sukan yang bersih daripada penipuan.


Faktor Berlakunya Rasuah Dalam Sukan

Kesan daripada rasuah, Malaysia telah kehilangan ramai pemain-pemain yang berbakat dan seterusnya menyebabkan pasukan Malaysia semakin merosot prestasi mereka di peringkat antarabangsa.

Kewujudan kegiatan rasuah berpunca daripada beberapa faktor seperti :

1.    Ketamakan
Pemain yang tamak selalunya akan mudah terlibat dengan gejala rasuah ini tetapi kadang-kadang imbuhan pasukan yang tidak setimpal juga mendorong pemain-pemain menerima rasuah.

2.  Kelemahan pengurusan dalaman
Persatuan yang gagal menguruskan kebajikan pemainnya, di mana dibayar gaji yang tidak konsisten sehingga menyukarkan kehidupan mereka merupakan punca mereka sanggup menerima rasuah demi “survival” mereka.

3.  Penyalahgunaan kuasa
Pihak pengurusan pasukan bolasepak boleh membuat percaturan dari segi teknik dan taktik perrmainan untuk memberikan kelebihan kepada pasukan lawan.

4.  Kewujudan peluang.

“Bookie” merupakan dalang yang mencari kesempatan untuk memberi, menerima, menawar dan menuntut sesuatu terutamanya berdasarkan kuasa dan kedudukan masing-masing dan mereka tidak mengambil kira liga bolasepak itu popular atau tidak, asalkan ada peluang mereka akan meneruskan kegiatan.


Senario Semasa Rasuah Dalam Sukan

Isu rasuah sememangnya telah lama wujud dalam bidang sukan. Melihat senario kini, pelbagai taktik digunakan oleh pihak tertentu dalam memperoleh kemenangan segera hasil daripada ketaksuban pihak tersebut terhadap keuntungan. Jalan pintas selalu digunakan iaitu menerusi amalan ‘bookie’ dan aktiviti mengatur perlawanan dengan menjadikan atlet atau pengadil sebagai “watak utama”.

Menurut Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mustafar Ali, SPRM memandang serius gejala rasuah dalam bidang sukan dan meminta kerjasama daripada semua pihak bagi menangani masalah tersebut terutamanya dalam arena bolasepak negara. Menurutnya juga, agensi itu telah menjalin kerjasama dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan mewujudkan Jawatankuasa Integriti bagi memastikan sukan itu bebas daripada gejala rasuah dan meningkatkan integriti dalam kalangan mereka yang terlibat dalam industri ini.


Beliau memberitahu sejak 2009 hingga Julai 2013, sebanyak 12 orang telah ditangkap dan 5 individu dituduh di mahkamah kerana terlibat dalam gejala rasuah bolasepak ini.