Monday, 23 December 2013
Saturday, 21 December 2013
Punca Rasuah Pasukan Bola Sepak di Malaysia
Dunia sukan bola sepak
Malaysia baru-baru ni gempar dengan menularnya kembali budaya rasuah dan
menjual permainan yang pernah berlaku lebih kurang 15 tahun yang lepas. Bukan
calang-calang pasukan yang terlibat kali ni. Pasukan yang banyak kali kalahkan
pasukan kegemaran aku, Selangor. Tergamak depa ni menghampakan peminat-peminat
pasukan bola sepak mereka tu. Aku pun malas la nak komen lebih-lebih. Dikatakan
semuanya berpunca dari gaji bulanan yang sangat rendah. RM1000 je sebulan. Bagi
aku, memang rendah sangat gaji tu memandangkan depa ni memang bermain untuk
pasukan bola sepak profesional. Kasihan juga. Tapi kalau masih ada iman di
dada, insyaAllah takkan jadi jenayah rasuah macam ni. Ternyata berita ini telah
menconteng arang di muka maruah bola sepak di Malaysia. Baca berita perincian
tentang sebab pasukan bola sepak di Malaysia boleh merasuah.
KUALA LUMPUR 7 Jun –
Gaji bulanan yang rendah tanpa sebarang imbuhan tambahan dipercayai menjadi
punca utama pemain-pemain skuad bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan dan
T-Team menerima suapan untuk menampung kos sara hidup mereka.
Setiap pemain skuad itu
dikatakan hanya memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM1,000, dan dengan
jadual latihan yang padat, mereka tidak berpeluang melakukan kerja sampingan.
Menurut sumber, tidak hairanlah, nilai suapan yang ditawarkan sekitar RM200
hingga RM300 bagi setiap perlawanan dianggap cukup lumayan untuk menampung kos
sara hidup pemain-pemain skuad itu.
“Pemain-pemain tersebut
rata-ratanya masih muda iaitu berusia lingkungan awal 20-an. Jadi, mereka mudah
terpengaruh dengan gaya hidup zaman sekarang.
“Mereka dikatakan
terpaksa menerima imbuhan itu kerana perlu menjaga penampilan mereka selain
untuk menampung kos sara hidup yang semakin tinggi,” katanya ketika ditemui di
sini hari ini.
Semalam, bekas ketua
jurulatih skuad Piala Presiden Negeri Sembilan didakwa di Mahkamah Sesyen
Seremban atas 21 tuduhan memberi rasuah sebanyak RM24,900 kepada pemain skuad
berkenaan bertujuan mengatur keputusan satu perlawanan merebut piala tersebut
pada April lalu.
Ini merupakan kes
pertama jurulatih bola sepak di negara ini didakwa di mahkamah atas tuduhan
rasuah. Selain skuad Piala Presiden Negeri Sembilan, turut disiasat ketika ini
adalah skuad Piala Presiden dari Terengganu, T-Team.
Pemberian imbuhan atau
elaun kebiasaannya disumbangkan oleh kerajaan negeri dalam bentuk rumah, tanah
atau wang tunai untuk skuad bola sepak Liga Super. Bagaimanapun, ia tidak
melibatkan skuad bola sepak Piala Presiden.
Sumber itu berkata,
kelemahan-kelemahan itu pula telah dijadikan satu peluang bagi pihak yang tidak
bertanggungjawab untuk ‘membeli’ perlawanan mereka.
Sehubungan itu, pihak
terbabit dicadangkan untuk mengkaji semula dasar pemberian gaji yang
diperuntukkan bagi setiap pemain termasuk skuad pelapis dalam Piala Presiden
mereka bagi mengelak kejadian serupa berlaku pada masa akan datang.
Sementara itu,
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad
ketika dihubungi hari ini berkata, jumlah gaji dan sebarang pemberian elaun
atau imbuhan ditetapkan oleh persatuan bola sepak negeri masing-masing.
“FAM tidak campur
tangan, keputusan jumlah gaji, elaun atau imbuhan ditetapkan sendiri persatuan
masing-masing.
“Tiada sebarang garis
panduan ditetapkan untuk persatuan negeri masing-masing bagi menentukan jumlah
gaji yang diberi kepada pemain mereka,” katanya.
Sumber : Utusan Online
Isu-isu Terkini Dalam Sukan
SENARAI PEMAIN KUALA LUMPUR YANG DIGANTUNG SEUMUR HIDUP
- Jeremy Danker|29
tahun|DF (Jersi nombor 11)
- Hafizi Roslee|28
tahun|RB (Jersi nombor 24)
- Fadhulah Yunsiar|26
tahun|CB (Tidak Pasti)
- Khairul Anuar|31 tahun|CM (Tidak Pasti)
- Phoo Kai Lun|22 tahun|GK (Jersi nombor 1)
Juga 3 lagi yang dituduh bersalah adalah
- Jurulatih Kuala Lumpur, Stanislav Lieskovsky
- Penolong pengurus Rosli Omar
- Pegawai pasukan Saari Jani
Masing-masing digantung daripada sebarang aktiviti bola sepak seumur hidup dan didenda RM20,000 setiap seorang kerana kesalahan menerima rasuah dan mengatur perlawanan..
7 pemain lagi dipanggil untuk beri keterangan, Jumaat ini serta beberapa pemain dari pasukan lain juga akan mula dipantau persembahan mereka, menggunakan pakar luar negara.
- Khairul Anuar|31 tahun|CM (Tidak Pasti)
- Phoo Kai Lun|22 tahun|GK (Jersi nombor 1)
Juga 3 lagi yang dituduh bersalah adalah
- Jurulatih Kuala Lumpur, Stanislav Lieskovsky
- Penolong pengurus Rosli Omar
- Pegawai pasukan Saari Jani
Masing-masing digantung daripada sebarang aktiviti bola sepak seumur hidup dan didenda RM20,000 setiap seorang kerana kesalahan menerima rasuah dan mengatur perlawanan..
7 pemain lagi dipanggil untuk beri keterangan, Jumaat ini serta beberapa pemain dari pasukan lain juga akan mula dipantau persembahan mereka, menggunakan pakar luar negara.
Wednesday, 11 December 2013
Kesan Rasuah Dalam Sukan
Siapakah yang menanggung bahana daripada aktiviti keji ini?
Minat terhadap sesuatu sukan datangnya daripada naluri setiap insan tanpa
dipaksa oleh sesiapa. Lantas, setiap peminat adalah teruja untuk menyaksikan
kehebatan pasukan yang diminati bertanding.
Sudah pasti tindakan mengatur perlawanan akan mengundang
kemarahan mereka yang jujur dan prihatin dalam sukan bola sepak. Kesan daripada
rasa tidak puas hati sekiranya keprihatinan mereka tidak diambil tindakan
sewajarnya, industri bola sepak akan dipinggirkan sehingga ia menjadi mundur
seperti mana yang terjadi pada 1990-an. Penganjur akan kehilangan peluang
menjual tiket, penaja mula menjauhkan diri dan stadium menjadi lengan
seolah0olah tiada sebarang perlawanan dianjurkan pada hari pertandingan.
Islam memandang setiap insan harus menunaikan hak orang lain
ke atas diri mereka. Juga, penaja yang memberikan wang ringgit mereka dengan
hasrat mendapat publisiti meluas mempunyai hak sedemikian ketika dan selepas
berlangsungnya pertandingan bola sepak.
Sekiranya berlaku rasuah bola sepak, hak penonton, penaja
dan kerajaan telah dirampas oleh pemberi dan penerima rasuah. Ini satu jenayah
di sisi Islam dan mereka harus bertanggungjawab bagi perlakuan keji yang telah
dilakukan.
Kesan Rasuah dan Perjudian
- Mencemarkan
imej sukan negara
- Mutu
sukan merosot
- Kepercayaan
peminat sukan terjejas
- Menjejaskan
hubungan dalam pasukan
Rasuah juga bukan sahaja memberikan kesan yang negatif
kepada individu, malah juga kepada masyarakat dan negara.Kesan kepada individu ialah
seperti berikut:
1- Hilang kerjaya
2- Jatuh moral dan maruah
3- Terima hukuman di dunia dan di akhirat
4- Hancur keharmonian rumah tangga
5- Keluarga terabai
Kesan kepada masyarakat pula:
1- Ketidakadilan disebabkan mengenepikan hak-hak orang tertentu
2- Menggalakkan malah melindungi penjenayah
3- Memburukkan lagi taraf kemiskinan
Kesan kepada negara:
1- Menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran
2- Menjejaskan sosial serta kestabilan politik serta keselamatan
3- Tumpuan pembangunan tidak seimbang
4- Kenaikan kos barang dan perkhidmatan
5- Mengurangkan pendapatan negara
6- Menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan
1- Hilang kerjaya
2- Jatuh moral dan maruah
3- Terima hukuman di dunia dan di akhirat
4- Hancur keharmonian rumah tangga
5- Keluarga terabai
Kesan kepada masyarakat pula:
1- Ketidakadilan disebabkan mengenepikan hak-hak orang tertentu
2- Menggalakkan malah melindungi penjenayah
3- Memburukkan lagi taraf kemiskinan
Kesan kepada negara:
1- Menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran
2- Menjejaskan sosial serta kestabilan politik serta keselamatan
3- Tumpuan pembangunan tidak seimbang
4- Kenaikan kos barang dan perkhidmatan
5- Mengurangkan pendapatan negara
6- Menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan
Langkah-langkah Pencegahan Rasuah Dalam Sukan
Dalam dunia moden ini kita sering merngejar masa dan
bersikap materialistik. Kita tidak lagi memikirkan akan punca kewangan kita
dari mana, samada ianya halal atau haram asalkan ianya dapat memberikan kita
kepuasan dari segi materialistik. Kebanyakan atlet sekarang ini memandang ringan
akan penerimaan rasuah dan telah menjadi lumrah, mereka terus lakukan tanpa
mengira halal atau haram asalkan kehidupan mereka terjamin.
1. Kerajaan
Di negara seperti United Kingdom dan Singapura telah timbul
cadangan untuk membenarkan pertaruhan mengikut undang-undang untuk mengelakkan
berlakunya rasuah dalam sukan bolasepak mereka. Kerajaan Malaysia sebagai
negara Islam sepatutnya mengambil tindakan dan berwaspada supaya situasi
menghalalkan pertaruhan itu tidak menular ke negara ini yang boleh menjejaskan
imej negara kita.
2. FAM & Kementeria Belia dan Sukan
Semua pihak harus memainkan peranan dalam membasmi wabak
rasuah ini. FAM perlu meneliti semua yang disusun agar menepati keperluan
sebenar. Kementerian Belia dan Sukan harus memandang serius gejala rasuah dalam
sukan bolasepak dan mengambil langkah proaktif memantau gejala tidak bermoral
ini dengan telus dan adil mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997 ( Akta 576 ).
Semua pihak perlu berganding bahu bagi membanteras jenayah rasuah di negara ini
sekali gus meningkatkan integriti sebagai budaya dan nilai murni dalam
kehidupan kita.
3. Pendidik atau guru-guru
Pendidik atau guru-guru harus memainkan peranan untuk
membasmi gejala rasuah ini. Sesuatu harus dimulakan di peringkat sekolah untuk
memberi kesedaran pada anak-anak bahayanya gejala rasuah ini jika dibiarkan ia
menular. Di peringkat Kementerian Pelajaran harus wujud kumpulan “think-tank”
yang perlu berbuat sesuatu khasnya dari segi sukatan pelajaran atau mungkin
satu matapelajaran khas mengenai rasuah harus digubal supaya anak-anak dapat
dididik di peringkat awal akan buruknya tabiat rasuah di mana bila mereka
dewasa nanti mereka tidak akan terlibat dengan gejala ini.
Semua pihak harus memainkan peranan dalam usaha untuk
menjadikan masyarakat Malaysia berintegriti dan punyai nilai budaya yang
tinggi. Pembasmian gejala rasuah dalam sukan juga sekaligus dapat melahirkan
atlet yang bermutu dan sukan yang bersih daripada penipuan.
Faktor Berlakunya Rasuah Dalam Sukan
Kesan daripada rasuah, Malaysia telah kehilangan ramai
pemain-pemain yang berbakat dan seterusnya menyebabkan pasukan Malaysia semakin
merosot prestasi mereka di peringkat antarabangsa.
Kewujudan kegiatan rasuah berpunca daripada beberapa faktor
seperti :
1. Ketamakan
Pemain yang tamak selalunya akan mudah terlibat dengan
gejala rasuah ini tetapi kadang-kadang imbuhan pasukan yang tidak setimpal juga
mendorong pemain-pemain menerima rasuah.
2. Kelemahan pengurusan dalaman
Persatuan yang gagal menguruskan kebajikan pemainnya, di
mana dibayar gaji yang tidak konsisten sehingga menyukarkan kehidupan mereka
merupakan punca mereka sanggup menerima rasuah demi “survival” mereka.
3. Penyalahgunaan kuasa
Pihak pengurusan pasukan bolasepak boleh membuat percaturan
dari segi teknik dan taktik perrmainan untuk memberikan kelebihan kepada
pasukan lawan.
4. Kewujudan peluang.
“Bookie” merupakan dalang yang mencari kesempatan untuk
memberi, menerima, menawar dan menuntut sesuatu terutamanya berdasarkan kuasa
dan kedudukan masing-masing dan mereka tidak mengambil kira liga bolasepak
itu popular atau tidak, asalkan ada peluang mereka akan meneruskan kegiatan.
Senario Semasa Rasuah Dalam Sukan
Isu rasuah sememangnya telah lama
wujud dalam bidang sukan. Melihat senario kini, pelbagai taktik digunakan oleh
pihak tertentu dalam memperoleh kemenangan segera hasil daripada ketaksuban
pihak tersebut terhadap keuntungan. Jalan pintas selalu digunakan iaitu
menerusi amalan ‘bookie’ dan aktiviti mengatur perlawanan dengan menjadikan
atlet atau pengadil sebagai “watak utama”.
Menurut Pengarah Siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mustafar Ali, SPRM
memandang serius gejala rasuah dalam bidang sukan dan meminta kerjasama
daripada semua pihak bagi menangani masalah tersebut terutamanya dalam arena
bolasepak negara. Menurutnya juga, agensi itu telah menjalin kerjasama dengan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan mewujudkan Jawatankuasa Integriti
bagi memastikan sukan itu bebas daripada gejala rasuah dan meningkatkan
integriti dalam kalangan mereka yang terlibat dalam industri ini.
Beliau memberitahu sejak 2009
hingga Julai 2013, sebanyak 12 orang telah ditangkap dan 5 individu dituduh di
mahkamah kerana terlibat dalam gejala rasuah bolasepak ini.
Akta Rasuah
KESALAHAN
Meminta atau menerima
suapan
Seksyen 16(a) 17(b)
Akta Suruhanjaya
Pencegah Rasuah Malaysia
Menawar atau memberi
suapan
Seksyen 16(b) 17(b)
Akta Suruhanjaya
Pencegah Rasuah Malaysia
HUKUMAN
Penjara tidak melebihi
20 tahun &
5 kali ganda nilai
suapan atau
Melebihi RM10, 000
Maksud Rasuah Dalam Sukan
Rasuah dalam sukan
boleh diertikan sebagai amalan makan suap dan kegiatan memberikan dan menerima
sogokan kewangan, kebendaan, atau jawatan untuk mencapai matlamat tertentu.
Ramai pihak berpendapat bahawa rasuah berpunca daripada aktiviti perjudian di
mana pengurus, pengadil dan atlet-atlet diberi wang supaya mempengaruhi
keputusan perlawanan demi kepentingan mereka. Selain itu atlet juga dikatakan
menerima rasuah kerana isu bayaran gaji yang selalu tertunggak dan gagal
dijelaskan oleh majikan.
Subscribe to:
Posts (Atom)